[TERKINI] MySejahtera | Pelantikan KPISoft sebagai pembangun tidak teratur - PAC
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati pelantikan KPIsoft (ENTOMO) sebagai pembangun aplikasi MySejahtera pada Mac 2020 adalah tidak teratur dan tidak berlandaskan prosedur atau tatacara perolehan kerajaan.
Menurut PAC, tiada sebarang minit ataupun dokumen sokongan yang wujud berkenaan dengan pelantikan berkenaan.