Johari gesa industri tempatan perkukuh teknologi sendiri
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, usaha itu sejajar dengan aspirasi kerajaan untuk mengalihkan tumpuan industri Malaysia daripada aktiviti pemasangan kepada reka bentuk dan kejuruteraan, selain menghasilkan produk berteknologi serta bernilai tambah tinggi.