Pelaburan industri rel perlu perkasa industri tempatan
Kerajaan memperuntuk perbelanjaan besar dalam membangunkan industri rel tempatan dengan bukan hanya menumpukan kepada penggunaan perkhidmatan, malah membangunkan ekosistem dan rantaian bekalan sektor itu.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, pendekatan dibuat selepas mengambil kira potensi rantaian bekalan melibatkan industri rel yang mampu menjana pertumbuhan besar kepada ekonomi negara.