Skip to main content
Johor Memilih: Bersatu sukar promosi parti jika guna logo sendiri

Johor Memilih: Bersatu sukar promosi parti jika guna logo sendiri

Bersatu berdepan tugas sukar untuk memperkenalkan semula jenama parti itu kepada pengundi sekiranya bertanding menggunakan logo sendiri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisommudin Bakar berpandangan, keadaan itu disebabkan pengundi sebelum ini lebih mengenali parti berkenaan menerusi jenama Perikatan Nasional (PN).