Satu kebakaran awal pagi Isnin memusnahkan dua buah rumah dan sebuah kuarters Klinik Kesihatan Tongod sekitar jam 2.30 pagi. Pasukan Bomba Kinabatangan menerima panggilan kecemasan pada 2.40 pagi sebelum menggerakkan enam anggota ke lokasi yang terletak 172 kilometer dari balai, menyebabkan perjalanan mengambil masa lebih tiga jam.