Klinik gigi UNRWA di Gaza dibuka semula
Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) pada Khamis mengumumkan sebuah klinik gigi agensi itu di Khan Younis berjaya dibuka semula.
Dalam satu hantaran di X, agensi itu berkata, penduduk Gaza kini bergelut untuk mendapatkan rawatan pergigian dan bergantung kepada agensi itu.