Kerajaan tolak pendekatan pengapungan harga, pilih lindungi rakyat - PM
Kerajaan tidak memilih pendekatan pengapungan harga seperti disaran Bank Dunia dan beberapa pakar ekonomi kerana ia akan membebankan majoriti rakyat.
Sebaliknya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan melaksanakan penyasaran subsidi yang berjaya melindungi 85 peratus rakyat serta menjimatkan RM6 bilion bagi petrol dan RM5 bilion bagi diesel.