Skip to main content
Advertisement
Koperal polis cedera dibelasah dua lelaki warga Myanmar

Koperal polis cedera dibelasah dua lelaki warga Myanmar

Gara-gara menegur dua warga asing mabuk dan membuat bising di tepi jalan, seorang anggota polis berpangkat koperal cedera dibelasah dalam kejadian di Kampung Pamah Kulat, Raub pada Jumaat.

Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob berkata, dalam kejadian kira-kira jam 2.45 pagi itu, anggota terbabit bengkak di bahagian kepala dan badan.