Kemalangan | Seorang lelaki maut, isteri dan dua anak cedera
Seorang lelaki maut, manakala isteri dan dua orang anak perempuannya cedera dalam kemalangan melibatkan kenderaan pacuan empat roda dan Proton Iswara.
Nahas berlaku di kilometer 113, Jalan Jerangau-Jabor, berhampiran Kampung Padang Kubu, Kemaman, Terengganu kira-kira jam 8 malam pada Jumaat.