Skip to main content

Advertisement

Kota Baca 2026 sasar jadikan membaca gaya hidup rakyat.

Kota Baca 2026 sasar jadikan membaca gaya hidup rakyat.

Sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia di Malaysia tahun ini tampil dengan pendekatan menyeluruh melibatkan kerajaan dan masyarakat, termasuk pelaksanaan inisiatif Kota Baca 2026. Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kota Buku, Adibah Omar berkata, program selama empat hari itu menggabungkan elemen digital dan fizikal bagi memperluas capaian serta menarik minat rakyat terhadap pembacaan. Pelbagai aktiviti dianjurkan di Dataran Merdeka termasuk jualan buku, wacana ilmu dan program tukar buku terbesar di Asia Tenggara. Inisiatif ini turut memberi tumpuan kepada golongan yang belum menjadikan membaca sebagai kebiasaan, dengan matlamat menjadikan buku sebagai sebahagian daripada gaya hidup masyarakat.