KPWKM terus perkasa ibu tunggal menerusi Program KasihnITa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menerusi Program Kasih Ibu Tunggal (KasihnITa) terus memperkasa ibu tunggal dengan menyediakan khidmat nasihat, bantuan serta pendedahan mengenai pengurusan kewangan dan kebajikan melalui kerjasama pelbagai agensi kerajaan.