Program 10 Juara Bumiputera, perkasa agenda pembangunan - Fahmi
Datuk Fahmi Fadzil berkata Jemaah Menteri dimaklumkan bahawa Petronas serta GLC dan GLIC terus memperkukuh agenda pembangunan Bumiputera dengan sumbangan sekitar RM50 bilion setahun, termasuk RM49.2 bilion pada 2025 merangkumi pelaburan, perolehan vendor, pembangunan bakat dan komuniti.
Beliau berkata empat syarikat bumiputera kini dalam saluran penyenaraian di Bursa Malaysia tahun ini, dengan sasaran 10 IPO bagi 2026–2027 serta pelaksanaan Program 10 Juara Bumiputera bagi melahirkan syarikat bernilai RM500 juta menjelang 2028.