KTMB tingkatkan perkhidmatan KTM Komuter sektor utara
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menambah baik jadual perkhidmatan KTM Komuter Sektor Utara bermula Jumaat ini bagi menampung pertambahan jumlah penumpang dan meningkatkan keselesaan perjalanan terutama pada waktu puncak.
Langkah itu melibatkan penambahan enam perkhidmatan tren sehari iaitu dua bagi laluan Padang Besar-Butterworth-Padang Besar dan empat bagi laluan Ipoh-Butterworth-Ipoh.