KUDRAT 1968 angkat realiti sosial di sebalik budaya buli
Filem KUDRAT 1968 High Council yang mengangkat isu hierarki dan budaya buli bakal menemui penonton di pawagam 29 Oktober ini, dengan naratif yang melangkaui aksi dan keganasan semata-mata.
Menerusi tayangan perdana pada Isnin, karya itu mengetengahkan persoalan salah guna kuasa, institusi kekeluargaan dan nilai kemanusiaan, sekali gus mengajak penonton memahami sistem persekitaran yang membentuk perilaku seseorang individu.