Polis menahan seorang lelaki di Setiu, Terengganu bagi membantu siasatan kesalahan seksual terhadap anak kandungnya yang berusia 15 tahun. Mangsa dilaporkan mengalami trauma dan kemurungan, manakala suspek kini direman tujuh hari untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan.