Skip to main content
Advertisement
LHDN rekod 2.09 bilion e-Invois, perkasa pematuhan cukai

LHDN rekod 2.09 bilion e-Invois, perkasa pematuhan cukai

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) merekodkan penerimaan lebih 2.09 bilion e-Invois, sejak inisiatif transformasi digital itu mula diperkenalkan secara berperingkat di negara ini.

Pencapaian memberangsangkan itu mencerminkan momentum positif dalam kalangan komuniti perniagaan tempatan, bagi mengadaptasi kaedah pelaporan transaksi yang lebih sistematik dan telus.