Limpahan ekonomi bermula sebelum pelaburan direalisasi sepenuhnya
Pelaburan yang diluluskan boleh mengambil masa sehingga empat tahun untuk direalisasikan sepenuhnya. Namun, Prof. Datuk Dr. Sufian Jusoh berkata kesannya kepada ekonomi sudah bermula sepanjang proses pelaksanaan menerusi perbelanjaan, perkhidmatan dan aktiviti berkaitan projek.