MCMC saman Google: Hak pengguna, keselamatan dan akauntabiliti platform digital
Platform digital bukan sekadar ruang untuk berkongsi kandungan, sebaliknya mempunyai tanggungjawab besar dalam memastikan keselamatan penggunanya. Dengan tindakan undang-undang MCMC terhadap Google berhubung dakwaan kegagalan menangani kandungan memudaratkan di YouTube, persoalan kini tertumpu kepada hak pengguna dan akauntabiliti syarikat teknologi. Sejauh mana pengguna dilindungi dan siapa perlu bertanggungjawab apabila berlaku penyalahgunaan platform digital?