Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengaktifkan Pusat Pemantauan Rangkaian bagi menerima dan menyelaras aduan berkaitan perkhidmatan komunikasi serta multimedia sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16. Aduan termasuk isu liputan rangkaian, kualiti perkhidmatan telekomunikasi serta kandungan dalam talian melibatkan elemen 3R.