Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Israel-Hamas setuju jeda, aktifkan kempen vaksinasi

Israel-Hamas setuju jeda, aktifkan kempen vaksinasi

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan bahawa tentera Israel dan Hamas telah bersetuju melaksanakan jeda perang di seluruh Semenanjung Gaza bagi membolehkan 640,000 kanak-kanak diberikan vaksin polio.

Kempen vaksinasi ini dijadualkan bermula pada hari Ahad, dengan rehat pertempuran ITU dijadualkan antara pukul 6 pagi hingga 3 petang, menurut Rik Peeperkorn, pegawai kanan WHO untuk wilayah Palestin.