Nadiem Makarim dakwa kes beliau cetus kebimbangan pelabur di Indonesia
Bekas Menteri Pendidikan, Kebudayaan, Penyelidikan dan Teknologi Indonesia, Nadiem Anwar Makarim berkata ketidaktentuan perundangan dalam kes berkenaan serta apa yang disifatkannya sebagai pengkriminalan golongan profesional menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pelabur dan komuniti perniagaan.