Industri Perkayuan | Sarawak risik pelabur Indonesia
Sarawak mempelawa pelabur dari negara jiran Indonesia untuk melabur dalam industri pembuatan perabot atau mana-mana yang berkaitan perkayuan di negeri itu.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata kerjasama ekonomi itu boleh dilaksanakan secara persendirian atau menjalinkan kerjasama perniagaan dengan syarikat tempatan.