Nasihat BNM kepada TH sebahagian mandat kestabilan kewangan
Bank Negara Malaysia menjelaskan bahawa nasihat yang diberikan kepada Tabung Haji adalah sebahagian daripada mandatnya di bawah Akta Bank Negara Malaysia 2009 untuk memantau risiko terhadap kestabilan kewangan negara. BNM turut menjelaskan peranannya dalam isu aset dan liabiliti TH yang menjadi perhatian RCI.