Iran menegaskan Selat Hormuz tidak akan kembali kepada keadaan sebelum perang. Speaker Parlimennya, Mohammad Baqer Qalibaf, berkata masa depan laluan perkapalan strategik itu bergantung kepada rangka kerja tujuh perkara yang dicadangkan Tehran, selain pelaksanaan syarat Iran sebelum rundingan lanjut dengan Amerika Syarikat diteruskan.