Dagangan Bursa Malaysia dijangka lemah minggu ini
Ketua penyelidikan pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata, apabila perhatian beralih kepada mesyuarat FOMC yang akan datang, inflasi yang menyederhana - walaupun pada kadar yang lebih perlahan - memberi ruang kepada Rizab Persekutuan AS (Fed) untuk meneruskan kitaran penurunan kadar faedahnya.