awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anwar tinjau operasi ETS3 KL-JB
Jualan petrol luar biasa di sempadan disyaki berlaku penyelewengan - KPDN
Tiada kes bunuh, samun senjata api di Terengganu dua tahun berturut-turut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes Zara Qairina: Jangan lindungi pelaku, tetapi lindungi mangsa - Puteri UMNO Sabah

Kenyataan Media
Kenyataan Media
06/08/2025
21:20 MYT
Kes Zara Qairina: Jangan lindungi pelaku, tetapi lindungi mangsa - Puteri UMNO Sabah
Puteri UMNO Sabah akan terus berdiri teguh bersama suara rakyat Malaysia dalam menuntut keadilan buat Allahyarham Zara dan keluarganya.
KUALA LUMPUR: Jangan lindungi pelaku tetapi lindungi mangsa dan insiden melibatkan kes kematian pelajar Tingkatan Satu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir perlu menjadi titik perubahan dalam menangani isu buli secara lebih bermaruah.
Puteri UMNO Sabah dalam satu kenyataan pada Rabu memaklumkan, akan terus berdiri teguh bersama suara rakyat Malaysia dalam menuntut keadilan buat Allahyarham Zara dan keluarganya.
"Puteri UMNO Sabah menzahirkan rasa dukacita yang amat mendalam terhadap insiden buli melibatkan adik Zara yang telah menarik perhatian seluruh negara.
"Insiden ini bukan sahaja menyayat hati, malah menuntut ketegasan semua pihak agar keadilan ditegakkan tanpa kompromi," kata kenyataan.
Dalam kenyataan sama, Puteri UMNO Sabah menegaskan, siasatan mesti dijalankan secara bebas, telus dan menyeluruh.
"Semua individu yang terlibat perlu dihadapkan ke muka pengadilan tanpa memilih bulu, keadilan untuk mangsa mesti menjadi keutamaan, bukan kepentingan individu atau institusi tertentu," kata kenyataan itu.
Dalam masa sama, pihak berkuasa perlu menunjukkan komitmen serius dalam menangani isu buli di sekolah dan institusi pendidikan.
Sehubungan itu, Puteri UMNO Sabah mengutuk sekeras-kerasnya sebarang cubaan untuk menutup, melengahkan atau mengganggu siasatan berkaitan kes ini dan mana-mana pihak yang cuba menyembunyikan kebenaran atau melindungi pelaku harus dipertanggungjawabkan.
Topic Berkaitan
#Zara Qairina Mahathir
#Sabah
#Puteri Umno Sabah
#buli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan