Skip to main content
Padini umum SPRM batalkan perintah pembekuan akaun bank

Padini umum SPRM batalkan perintah pembekuan akaun bank

Padini Holdings Bhd (Padini) memaklumkan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membatalkan perintah pembekuan semua akaun bank syarikat itu serta anak syarikat yang dilaksanakan sebelum ini sebagai sebahagian daripada prosedur siasatan.

Menerusi kenyataan pada Khamis, Padini menyatakan tiada pengarah, pegawai, pekerja atau wakil kumpulan itu ditahan atau didakwa berhubung perkara berkenaan.