KBS gesa penjelasan keputusan lumba jalan kaki 800 meter
Keputusan acara lumba jalan kaki 800 meter pada Kejohanan Junior Development Programme (JDP) Siri 3 di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) mencetuskan persoalan selepas rakaman pertandingan itu tular di media sosial, sehingga mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan, Mohammed Taufiq Johari.