Pasangan suami isteri direman empat hari bantu siasatan kes duit kutu
Pasangan suami isteri yang sebelum ini dilaporkan hilang sejak 20 Julai direman empat hari bagi membantu siasatan kes penipuan melibatkan duit kutu. Mereka menyerah diri di IPD Kubang Pasu dan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.