PBT diminta kenal pasti tanah rintis kosong di Selangor
Pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor diminta mengenal pasti tanah rintis yang masih kosong bagi mengelakkan kawasan itu terbiar dan digunakan oleh pihak tidak berkepentingan termasuk warga asing. Exco Infrastruktur dan Pertanian negeri Datuk Izham Hashim berkata tanah yang dikenal pasti itu kemudiannya boleh dimohon untuk pajakan sebelum dimanfaatkan menerusi aktiviti pertanian bandar seperti kebun komuniti atau program yang dilaksanakan pihak swasta.