Kelantan tawar rumah mampu milik serendah RM70,000
Kerajaan Negeri Kelantan menawarkan rumah mampu milik pada harga serendah RM70,000 menerusi Dasar Rumah Mampu Milik Kelantan (DRMMK) 2026 yang turut membuka peluang pemilikan kediaman kepada golongan bujang dalam kategori berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40).