Pengeluaran minyak mentah Malaysia merosot pada suku pertama - DOSM
Pengeluaran minyak mentah dan kondensat gas asli negara susut 5.5 peratus pada suku pertama tahun ini kepada 43 juta tong berbanding 45.5 juta tong dalam tempoh sama tahun lalu. Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata, penurunan itu dipengaruhi pengeluaran minyak mentah yang terus mencatatkan penguncupan 9.4 peratus.