Skip to main content
Malaysia tidak jual minyak mentah kepada negara anggota - Johari

Malaysia tidak jual minyak mentah kepada negara anggota - Johari

Malaysia tidak melakukan sebarang jualan minyak ke negara-negara anggota ASEAN kerana masih perlu mengimport kira-kira 400,000 tong minyak mentah sehari.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, walaupun Malaysia bernasib baik dari segi status sebagai sebuah negara pengeluar minyak, namun realitinya negara ini masih dianggap pengimport bersih berikutan keperluan import berkenaan.