Penghantaran air ke Gaza semakin berbahaya - UNICEF
UNICEF memaklumkan penghantaran air bersih kepada penduduk Gaza kini semakin berisiko selepas kemusnahan saluran paip memaksa bekalan dihantar menggunakan lori tangki.
Agensi itu turut menyeru pembaikan segera infrastruktur air bagi memastikan keperluan asas penduduk dapat dipenuhi.