PH Plus lebih sesuai sebagai persefahaman pilihan raya untuk PRN Melaka
Pengarah Pilihan Raya PH Datuk Seri Amirudin Shari berkata konsep PH Plus bagi menghadapi PRN Melaka lebih sesuai dilaksanakan sebagai persefahaman pilihan raya berbanding gabungan politik baharu. Beliau turut menegaskan PH bersedia menghadapi pelbagai senario termasuk bertanding secara solo.