Skip to main content
Advertisement
Lapan reformasi utama disyor dalam perjanjian rentas parti

Lapan reformasi utama disyor dalam perjanjian rentas parti

Sebanyak 48 organisasi masyarakat sivil mengesyorkan lapan reformasi utama dimasukkan dalam satu perjanjian merentas parti antara kerajaan dan pembangkang bagi memastikan agenda pembaharuan institusi dapat diselesaikan dalam baki penggal Parlimen ke-15.

Menerusi satu kenyataan bersama, mereka menggesa perjanjian itu melibatkan kesemua 218 Ahli Parlimen yang kini mengisi kerusi Dewan Rakyat bagi memperkukuh demokrasi berparlimen serta mengelakkan reformasi penting tergendala akibat ketidaktentuan politik.