PKNS ubah wajah taman industri konvensional, sasar ekosistem lengkap
PKNS mahu mentransformasi taman industri daripada sekadar lokasi operasi kilang kepada ekosistem bersepadu yang lengkap dan inklusif. Pendekatan itu merangkumi penyediaan kemudahan sokongan seperti Centralised Labour Quarters (CLQ), rumah kelab (clubhouse) serta pengurusan taman industri yang lebih menyeluruh. Elemen alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) turut diberi perhatian bagi memastikan pembangunan taman industri PKNS kekal relevan serta memenuhi keperluan pelabur pada masa hadapan.