PKR saman 16 bekas MP, ADUN, tuntut RM160 juta kerana keluar parti
Parti Keadilan Rakyat (PKR) memfailkan saman terhadap 16 bekas Ahli Parlimen serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan menuntut ganti rugi RM10 juta setiap seorang susulan mereka meninggalkan parti itu dua tahun selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Saman atas dakwaan melanggar syarat bon difailkan Setiausaha Agung PKR, Datuk Fuziah Salleh bagi pihak parti dalam dua tindakan berasingan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 19 dan 27 Februari lalu.