Belanjawan 2027: Menilai Suntikan RM160 juta untuk P-Hailing, E-Hailing
Belanjawan 2027 memperkenalkan pelbagai inisiatif untuk pekerja ekonomi gig termasuk pakej RM160 juta bersama Grab, padanan caruman PERKESO sehingga 35 peratus, padanan KWSP sehingga RM600 setahun serta usaha memuktamadkan Majlis Perundingan Gig pada 2027. Persoalannya, adakah langkah ini mampu membawa perubahan struktur kepada nasib pemandu e-hailing dan penghantar p-hailing, atau sekadar membantu mereka menghadapi tekanan kos hidup dan ketidaktentuan pendapatan untuk sementara waktu?