Skip to main content
Advertisement
Polis akan rakam keterangan Hadi, dakwaan ditawar AS jatuhkan kerajaan BN

Polis akan rakam keterangan Hadi, dakwaan ditawar AS jatuhkan kerajaan BN

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan mengenai dakwaan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang pernah ditawarkan kerjasama oleh Amerika Syarikat (AS) untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 2014.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M. Kumar berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.