Skip to main content

Advertisement

Rakyat Malaysia hilang RM1.47 bilion akibat penipuan pelaburan - JSJK

Rakyat Malaysia hilang RM1.47 bilion akibat penipuan pelaburan - JSJK

Kerugian akibat penipuan pelaburan di seluruh negara mencecah RM1.47 bilion melibatkan 9,603 kes sepanjang tahun lalu, menurut Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman. Pengarahnya, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata sindiket penipuan semakin aktif menggunakan media sosial sebagai medium utama untuk memperdaya mangsa, termasuk menerusi pelaburan palsu, skim Ponzi, penipuan percintaan dan platform kripto tidak sah. Statistik terkini turut menunjukkan jenayah penipuan pelaburan kekal membimbangkan pada tahun ini.