Seorang maut, 77 cedera dalam nahas pesawat di Amazon
Sekurang-kurangnya seorang maut dan 77 cedera selepas pesawat Tentera Udara Colombia terhempas sejurus berlepas di kawasan pedalaman Amazon. Lebih 40 lagi penumpang masih belum diketahui statusnya ketika siasatan diteruskan. Presiden Gustavo Petro menegaskan insiden itu membuktikan keperluan memodenkan aset ketenteraan yang sebelum ini tergendala akibat birokrasi.