Skip to main content

Malaysia

Tanah runtuh: Jalan Batu Arang-Ijok ditutup kedua-dua arah

Punca sebenar kejadian masih dalam pemeriksaan dan siasatan lanjut pihak berkuasa berkaitan. - Foto IPD Gombak
Punca sebenar kejadian masih dalam pemeriksaan dan siasatan lanjut pihak berkuasa berkaitan. - Foto IPD Gombak

Ringkasan AI

  • Jalan Batu Arang-Ijok berhampiran Batu 32, Rawang ditutup kedua-dua arah akibat kejadian tanah runtuh pada Khamis malam.
  • Polis dan bomba mengesahkan runtuhan melibatkan kegagalan cerun serta sebahagian struktur jalan, menyebabkan laluan tidak selamat dilalui.
  • Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan, manakala punca kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa.
Advertisement

KUALA LUMPUR: Jalan Batu Arang-Ijok berhampiran Batu 32, berdekatan Fruit Valley, Rawang, ditutup kepada semua kenderaan di kedua-dua arah susulan kejadian tanah runtuh, Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Ibrahim Husin berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada kira-kira 11 malam.

“Siasatan awal polis bersama pihak Bomba Batu Arang di lokasi kejadian mendapati terdapat runtuhan tanah berikutan kegagalan cerun atas dan bawah serta sebahagian struktur jalan.

Advertisement

“Pihak bomba memaklumkan runtuhan ini mengakibatkan satu laluan dari arah Ijok ke Rawang tidak selamat untuk dilalui dan memaklumkan penutupan jalan kedua-dua arah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.

Advertisement

Menurutnya, punca sebenar kejadian masih dalam pemeriksaan dan siasatan lanjut pihak berkuasa berkaitan.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement