Sijil halal masih mandatori untuk produk AS - Setiausaha Kabinet Indonesia
Kerajaan Indonesia menjelaskan bahawa keperluan pensijilan halal mandatori masih berkuat kuasa susulan beberapa laporan media yang menyatakan produk tertentu dari Amerika Syarikat (AS) boleh memasuki Indonesia tanpa pensijilan halal di bawah perjanjian tarif timbal balik yang baru ditandatangani.