SPRM menahan 12 individu termasuk pegawai Imigresen dan seorang pegawai polis kerana disyaki terlibat dalam sindiket penggodaman Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs) yang meluluskan PLKS secara tidak sah. Sindiket itu dipercayai mengeluarkan 1,306 pas palsu menggunakan kuota lama tanpa bayaran levi sehingga menyebabkan kerugian kerajaan sebanyak RM2.4 juta.