ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Oktober 2026.
Jenayah korporat: Tiada pegawai SPRM dipanggil bantu siasatan - KDN
Tiada pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dikenal pasti terlibat atau dipanggil untuk membantu siasatan jenayah korporat menerusi Op Viking setakat ini, menurut Kementerian Dalam Negeri.
Kes langgar pelajar: Pegawai kanan polis dipenjara tujuh tahun enam bulan
Pegawai kanan polis, Deputi Superintenden Mohd Nazri Abdul Razak, dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun enam bulan selepas pertuduhan membunuh pelajar Tingkatan Lima, Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, dipinda kepada pertuduhan menyebabkan kematian tanpa niat di Mahkamah Tinggi di Ipoh.
PRN Melaka: 'Dulu warna hijau ini kita alergik' - Ahmad Zahid
Barisan Nasional menyifatkan kerjasama dengan rakan strategik di Melaka sebagai landskap politik baharu yang menuntut semua pihak melupakan perbezaan lalu dan bergerak sebagai satu pasukan pada Pilihan Raya Negeri Melaka.
Bekas Presiden SIRIM Mohamed Ariffin Aton meninggal dunia
Bekas Presiden dan Ketua Eksekutif SIRIM Berhad, Datuk Dr Mohamed Ariffin Aton, seorang tokoh yang disegani dalam bidang sains dan perindustrian negara, meninggal dunia pada pukul 5.51 pagi ini.
Pegawai kanan polis dipenjara tujuh tahun enam bulan, bayar pampasan sebabkan kematian pelajar
Dia juga diperintahkan membayar pampasan RM50,000 kepada bapa mangsa atau dihukum penjara setahun, jika gagal berbuat demikian.
Kenyataan fitnah: Chegubard dipenjara empat bulan
Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara empat bulan terhadap beliau atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap Yang di-Pertuan Agong.
Ibu bapa digesa larang anak bawah 16 tahun guna WhatsApp - Fahmi
Beliau menekankan risiko kumpulan peribadi di WhatsApp dan Telegram yang boleh menjadi ruang berlakunya buli siber tanpa pengetahuan orang awam.
18 perusahaan didakwa terlibat kartel tipuan bida RM108.3 juta
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, tender berkenaan termasuk pembekalan makanan bermasak ke sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
BN-PN lancar manifesto bersama Sabtu ini
Keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, yang turut bersetuju mengesahkan kerjasama politik dengan Pas dan PN bagi menghadapi pilihan raya berkenaan.
Peruntukan jalan luar bandar Sabah, Sarawak tidak pernah dibatalkan - Mustapha
Dakwaan berhubung pembatalan atau pengurangan peruntukan projek Jalan Luar Bandar (JALB) di Sabah dan Sarawak oleh Kerajaan MADANI perlu diteliti berdasarkan fakta dan maklumat yang sahih, kata Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Sabah Datuk Mustapha Sakmud.