Skip to main content
Advertisement
[TERKINI] Bekas CEO Felda Investment Corporation nafi perdaya nilai harga pasaran 24 tanah

[TERKINI] Bekas CEO Felda Investment Corporation nafi perdaya nilai harga pasaran 24 tanah

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas dua pertuduhan memperdaya berhubung projek cadangan pembangunan komersial dan nilai harga pasaran membabitkan 24 tanah.

Bagaimanapun tertuduh Mohd. Zaid Abdul Jalil, 55, mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Rosli Ahmad.