[TERKINI] Data ke negara haram, pertikaian di mahkamah Israel - MKN
Pengguna Waze perlu memahami risiko apabila data pergerakan mereka tertakluk kepada undang-undang Israel, termasuk kemungkinan pertikaian berkaitan perkhidmatan aplikasi itu dibawa ke mahkamah negara haram berkenaan.
Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Raja Datuk Nushirwan Zainal Abidin berkata, keputusan kerajaan melarang penjawat awam menggunakan Waze bagi urusan rasmi dibuat susulan perubahan terma penggunaan aplikasi itu baru-baru ini.