[TERKINI] OPR dijangka kekal pada 2.75 peratus sepanjang tahun 2026
Ketahanan permintaan domestik serta tekanan inflasi yang masih terkawal dijangka membolehkan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada paras semasa, iaitu 2.75 peratus, sepanjang 2026, menurut Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB).