Pertumbuhan ekonomi global dijangka perlahan pada 2026
Pertumbuhan ekonomi global dijangka menurun kepada 2.7 peratus pada 2026 berbanding 2.8 peratus tahun lalu sebelum meningkat semula kepada 2.9 peratus pada 2027, namun masih lebih rendah berbanding purata pra-pandemik sebanyak 3.2 peratus antara 2010 hingga 2019, menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dikeluarkan pada Khamis.
